MHK's blog
  • Home
  • Tugasan
  • Refleksi Saya
  • Biodata Diri
 Seseorang mati takde duit takde kereta takde rumah besar, Allah tak marah. Tapi seseorang yang mati takde iman? Subhanallah Alhamdulillah Allahu akbar - m3
Refleksi Minggu 1
Hye guys. Assalamualaikum. ni minggu pertama untuk subjek ni, 1st kelas dengan Dr Fatimah. minggu ni tak belajar apa sangat, just dengar Dr bagi nasihat, yelah kami kan pelajar baru dekat sini, then kami ada belajar sikit tentang google drive. hehe tu jelah kot. kay lah babai semua jumpa minggu depan :)
Refleksi Minggu 2

Assalamualaikum dan salam sejahtera :)
Apa yang saya dapat dari tugasan minggu ini? Banyak info dan perkara baru yang telah saya pelajari daripada tugasan ini. Antaranya ialah saya lebih jelas dengan apa yang dikatakan computer berfungsi sebagai alat dalam pengajaran. Selain itu, saya menyedari beberapa kelebihan dan juga keburukkan dalam penggunaan komputer ini, antara kelebihan ialah pelajar dan guru lebih mudah dan jimat masa untuk berkongsi nota atau buat perbincang secara persendirian atau berkumpulan manakala keburukkan yang saya dapat ialah bagi pelajar yang tidak mahir menggunakan komputer akan mengalami beberapa masalah dalam menggunakannya, namun perkara itu akan dapat diatasi andai pelajar itu rajin untuk belajar. Sekian itu sahaja untuk minggu ini, Semoga berjumpa untuk tugasan akan datang. Terima Kasih :)
Refleksi Minggu 3
Assalamualaikum and salam sejahtera guys !
Ok, untuk assignment 2 ni apa yang aku dapat? aku dah belajar satu bende baru yang sebelum ni aku tak pernah dengar. Learning Management System (LMS) dan Courses Management System (CMS) dua perkara ini dilihat sebagai suatu perkara yang dapat membantu proses pembelajaran dan pengajaran. Pada minggu ini saya telah mempelajari dua bende ini, saya juga berazam akan cube untuk menguasai perkara ini supaya saya dapat mengaplikasikannya didalam kehidupan seharian bukan sahaja dalam kos ini malah kos kos yang lain. Sekian Terima Kasih
Refleksi Minggu 4
Assalamualaikum dan salam sejahtera :)
Minggu ke 4 adalah minggu yang paling mencabar bagi aku sepanjang 4 minggu belajar "komputer dalam pendidikan" ni. Sepanjang aku hidup memang aku tak pernah tahu apa itu WEB 2.0. So, memang susah lah untuk aku buat tugasan minggu ni. Tapi nak buat macam mane, tanggungjawab aku sebagai pelajar adalah menyiapkan tugasan yang aku terima. Aku cari dekat internet, dekat buku, tanye orang pasal bende ni. Lastly, alhamdulillah aku berjaya jugak siapkan tugasan ni pada masa yang agak cepat bagi aku. Syukur sangat dapat belajar benda baru minggu ni. Semoga ilmu yang aku dapat, kita dapat kongsi bersama dan bermanfaat untuk student yang lain juga.

Refleksi Minggu 5
Assalamualaikum. sihat semua? hehehe okay nak cerita sikit apa yang aku dapat pada minggu 5, minggu ni tugasan dia ikut kumpulan, kita kene cari maklumat tentang tajuk yang pensyarah bagi, kumpulan aku dapat tajuk "web 2.0 in education" seriously aku taktawu apa apa tentang tajuk ni, bile dengar je, semua blur. hahaha tapi takde masalah pun, internet kan ada. hehe so apa yang aku dapat dari minggu ni ialah ilmu yang baru. tentang "web 2.0 in education" sekian, terima kasih :)
Refleksi Minggu 6
Assalamualaikum semua. hye :)
okay this week aku dapat tugasan untuk cari maklumat tentang casper. and like usually memang blur, tak pernah dengar kot ape tu casper. haha tapi tak perlu risau, google kan ada. swearch je google, keluar lah semua. casper ni actually satu prinsip yang mana kau kene terapkan bila buat sesuatu perbentangan supaya orang lebih paham dan jelas. haa kalau nak baca lebih, bole baca dekat bahagian tugasan. hehe sekian terima kasih :)
Refleksi Minggu 7
Hye guys! Assalamualaikum salam sejahtera.
now minggu ke7, minggu pertengahan sem pertama. minggu ni aku dimintak untuk buat satu set soalan soal selidik. Tugasan ni lebih kurang sama dengan assignment masa aku belajar dekat matrikulasi dulu. So, alhamdulillah aku ada pengalaman sikit buat bende ni. Tahu lah sikit sikit cara nak buat dia, tapi sayang sekali. sebab? aku lupa nak buat dia macam mane. Tapi tak jadi masalah pun nak buat, sebab zaman sekarang zaman dunia dihujung jari, pegi je type. macam macam keluar. Bagi aku tugasan ni merupakan tugasan yang sangat best dan sangat bermakna bagi aku, sebab bende ni akan banyak kita aplikasikan dalam kehidupan "bekerja" kelak. Alhamdulillah pada akhir minggu ke 7 ini, aku dah mahir untuk buat soal selidik dengan menggunakan google form. Terima kasih kepada dr, dan sesiapa sahaja yang telah banyak mengajar aku. jumpa lagi guys ! ;)
Refleksi Minggu 8
Assalamualaikum semua. okay now dah masuk minggu ke 8, minggu ke 8 ni tugasan dia mudah je, macam zaman matrik dulu, buat analisis, tapi ada jugak bende yang aku tak mahir lagi, so kene lah belajar, explore sikit dekat internet. sebenarnya senang je buat analisis ni, tapi kene pandai tackle bahan yang kita nak analisis, tak bole buat bedasarkan apa yang kita lihat sahaja, sebab semua bende ada tersurat dan tersirat dia. hehe itu je kot pasal minggu ni. kay guys jumpa lagi next week :) bye
Refleksi Minggu 9
hye semua. assalamualaikum dan salah sejahtera.
hmm this week tak berapa nak sihat :( selamat tugasan minggu ni senang je, kene buat laporan dari analisis yang kite buat last week, then post dekat weebly. tu je kot untuk minggu ni. kay lah doakan kesihatan saya taw. bye guys :'(
Refleksi Minggu 10
Assalamualaikum. okay this week aku kene buat brosure, atau nama mudah nak kenal pemplet. haaa sangat sangat menarik, bende ni penting bagi aku untuk kita belajar, sebab bila dekat dunia luar nanti, macam macam kite bole buat dengan brosure ni, contoh, kita ada bisnes, macam mane nak kenalkan bisnes kita dekat orang lain? haaa ni lah gune buat brosure, kita buat then kita bagi bagi dekat orang. so, alhamdulillah minggu ni aku belajar satu bende yang best. menarik sangat. thanks dr dan semua pensyarah sebab curahkan ilmu ni dekat kami. hehe jumpa lagi :) babai
Refleksi Minggu 11
hye jumpa lagi :) assalamualaikum dan salam sejahtera, tak sangka dah minggu ke 11, 4 minggu lagi sebelum tamat belajar sem 1 ni, okay minggu ni kami kene buat "story board" haa yang ni lagi aneh, pernah dengar tapi tak pernah terbayang untuk buat. hahaha okay aku simpulkan ye, story board ni lebih kurang macam jalan cerita lah, haaa macam mane berda tu berluma, then pengembangan dia, then habis. haaa okay lah guys, jumpa lagi ye ;)
Refleksi Minggu 12
Assalamualaikum semua yang membaca disana. sihat? hehe
this week tugasan dia, buat video. teringat masa dekat matrik dulu, masuk pertandingan video and dapat naib johan, dapat hadiah hamper besar. hahaha bangga kejap. okay tapi kalini aku bukan kene buat video macam dulu, ni buat video lain, so kene kosongkan minda, pegi google explore bende baru. hehehe "powtoon" tu lah nama aplikasi yang kami guna untuk buat video. mudah dan sangat cantik buat. haha saya mengesyorkan siapa yang nak buat presentation, bole lah gune aplikasi tu. sng je. hehe selamat mencuba :)
Refleksi Minggu 13
hye. assalamualaikum semua. okay minggu ni tugasan dia lain dari yang lain. biase buat kerja masuk dalam weebly kan? kali ni video last week yang kami buat, kami kene bentang dalam kelas. fuuu nebes dia bila bentang. hahaha kay lah tu je kot untuk minggu ni. nanti cerita lagi. babai semua :)
Refleksi Minggu 14
Assalamualikum guys :'( sihat semua? ni dah sampai minggu 14, minggu last untuk subjek ni, sem ni. hmm berat hati nak tinggalkan subjek ni, sebab subjek ni dah banyak bagi aku ilmu baru yang sebelum ni aku tak tahu pun. hmm okay berbalik pada tugasan. minggu ni Dr mintak kami explore tentang excel. kami kene bina excel, cari maklumat pelajar dan isi markah, ala macam cikgu cikgu kat sekolah buat untuk isi markah anak murid diorang. haaa pendapat aku, benda ni sangat sangat berguna kepada pelajar, terutama sekali kami yang bakal menjadi guru pada masa akan datang. Minggu ni lah yang paling best., bende yang kompem aku kene guna bila jadi cikgu nanti. hehehe thanks again to Dr. and kawan kawan yang tolong aku. hmm klah, ni post last bahagian refleksi untuk sem ni. wish me luck on final exam kay? hehehe semoga berjumpa pada masa akan datang. babai semua. kirim salam family. assalamualaikum. maassalamah :)
Powered by Create your own unique website with customizable templates.